Category Archives: Penganalisis

Penganalisis tidak dapat mengatasi kehendak rakyat

Menjelang PRU-13

Dari apa yang disuarakan oleh penganalisis politik menyatakan bahawa lima negeri sukar ditawan oleh BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Ini berdasarkan kajian terdapat lima negeri, Kelantan dan Pulau Pinang berada di tempat yang pertama dan kedua dalam senarai kubu kuat Pakatan Haram yang sukar ditaawan oleh BN.

Ranking diikuti oleh Selangor, Kedah dan Perak. Penganalisis mengukur dari majoriti undi pada PRU 2008. Selain itu kajian juga berdasarkan sokongan masyarakat Cina terhadap DAP…hanya masyarakat Melayu sahaja tergolong dari mereka yang bangap sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama kepada parti yang beridea chauvinis.

Persoalan akan terjawab selepas selesai PRU-13 nanti kehendak rakyat akan mengatasi segala-galanya. Jika rakyat dapat menilai dengan mendalam pretasi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Haram yang mana telah dilalui sebelum dan sesudah PRU-12 pada 2008, maka dengan itu mahkamah rakyatlah yang menentukan kerajaan mana yang hendak diberi mandat mentadbir negeri khususnya dan negara amnya.

Psstt..senang jer nilai adakah kerajaan dikedua pihak ini cakap serupa dengan bikin atau pun bikin tak serupa cakap..tolong-tolong haa..limau busat..!!