Category Archives: Janji ‘TONG KOSONG’ PR

Pakatan Rakyat Buat Janji Dengan Air Liur, Jangan Nanti Anda Menagihnya Dengan Air Mata

Jumlah yang besar untuk melaksanakan tiga janji pembangkang menelan belanja bernilan RM200 billion setiap tahun..!! inilah modal PR sekarang dimerata-rata tempat menabur janji yang tidak terjangkau oleh mereka (PR) sendiri.

Kepada rakyat yang tak reti membaca, mengira dan mentafsir bolehlah dijual janji yang sebegini. Kepada sesiapa yang membaca artikel ini sila kongsikan link dibawah ini untuk memberi penerangan yang sejelas-jelasnya supaya rakyat tidak terpengaruh dengan janji ‘Tong Kosong’ ini.

Memberi pendidikan percuma dan subsidi (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari sekarang yang hanya 5%.

Untuk membiayai sepenuhnya Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma ini sahaja menelan belanja RM100 billion.

Untuk secara terperinci yang telah dikira oleh pakar anda boleh klik link dibawah ini..belum lagi termasuk dengan janjijanji yang lain dari PR http://umno-online.com/?p=58490 

Psstt..dimana PR nak kobek duit sebanyak ini setiap tahun? 

Advertisements