NGO Melayu Minta Polis Dedah Identiti Pelaku Dalam Video Seks

KUALA LUMPUR, 1 April – Pihak polis yang sudah mengesahkan ketulenan sebuah rakaman video perlakuan seksual yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang perlu berterus terang dan mendedahkan identiti orang terlibat.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata Ketus Polis Negera Tan Sri Ismail Omar telah mengesahlkan ketulenan video tersebut menerusi siatan pakar-pakar namun enggan mendedahkan idedtiti pelaku dalam video itu.
“Persolannya siapakah pemilik identiti lelaki dalam video berkenaan hanya boleh dirungkai oleh pihak polis memandangkan polis terlibat dalam siasatan pita video tersebut dari A hingga Z.

“Kita sebagai orang awam meminta supaya pihak polis berbuat demikian bagi mengakhiri segala kekalutan yang berlaku akibat terlalu banyak sangat spekulasi yang timbul disebabkan orang masih berteka-teki siapa sebenarnya lelaki berkenaan,” katanya menurut bernama.
Beliau mengulas mengenai pengumuman Ismail hari ini bahawa rakaman video seks, yang didedahkan itu oleh “Datuk T” kepada sekumpulan editor media awal minggu lalu, bukan suatu yang direka atau dipalsukan.
Menjawabmengenai terdapat cadangan bagi meminta isteri pemimpin pembangkang yang dituduh melakukan seks dalam video tersebut supaya menonton rakaman itu, bagi mengesahkan sama ada benar suaminya atau pun tidak, beraksi dalam adengan tersebut, Kamarudin berkata perkara itu tertakluk kepada arhan polis.
“Kita serahkan kepada pihak polis, biarlah mereka yang menjalankan kerja mereka sama ada mahu meminta beliau untuk tonton atau pun tidak,” kata nya. Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar yang turut menyokong supaya polis mendedahkan identiti pelaku dalam video itu dam mahu pemimpin terbabit meletakkan jawatan sekiranya apa yang dituduh terbukti benar.
Pssst… tak eloklah dedahkan aib orang kan!
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s