PATUNG BUDHA TERBESAR DI ASIA BERADA DI KELANTAN

Tiga patung Budha yang dibina dengan bentuk tersendiri termasuklah salah satunya yang kedua terbesar di dunia, adalah antara produk pelancungan menarik di negeri Kelantan. Ketiga-tiganya ialah patung Budha baring di Wat Phothivihan di Kampong Jambu Batu, Jaln Meranti yang kedua terbesar di dunia selepas Myannmar, Budha duduk di Kampong Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Budha berdiri di Kampong Terbok, kesemuanya dalam Jajahan Tumpat.

Difahamkan ramai pelancong asing dan tempatan melawat ke Negeri Cik Siti Wan Kembang yang juga digelar Serambi Mekah semata-mata untuk melihat patung-patung tersebut terutamanya pada musim cuti. Penjaga Wat Phothivihan, Than Hua mengakui patung Budha barin di tokongnya adalah kedua terbesar di dunia selepas patung Budha di Myanmar.
Katanya, patung Budha baring itu sepanjang 40.9 meter dan tinggi 10.6 meter dalam kawasan kira-kira 2.4 hektar yang dibina dengan perbelanjaan kira-kira RM2 juta. Pembinaan ini dimulakan pada tahun 1973 dan siap dalam tempoh enam tahun melalui sumbangan orang ramai, tidak ada sumbangan kerajaan, katanya ketika ditemui di wat itu. Menurut nya, beliau menjadi penjaga di wat itu sejak lebih 40 tahun lalu.
Timbalan Pengurusi Jawatankuasa Wat Machimmaram Kampong Jubakar, Yong Lai Keng ketika ditemui pula berkata, patung Budha duduk pula mula dibina pada tahun 1991 dan kini suadah 90 peratus siap dengan belanja kira-kira RM3 juta. Katanya, patung Budha duduk itu mempunyai ketinggian 30 meter, panjang 46.9 meter dan luas kawasan dalaman 22.12 meter persegi.
Setahu saya patung ini terbesar di Malaysia, kedua terbesar di Asia dan dibina melalui sumbangan orang ramai, katanya. Beliau mengakui ramai pelancong asing ke Wat itu untuk melihat patung berkenaan. Sementara itu, penjaga Wat Phikul Thong Buddhist, Kampong Terbok, Prak Eak berkata, patung Budha berdiri di Watnya itu dibina 13 tahun lalu dengan belanja kira-kira RM1 juta. Ktanya patung itu mempunyai ketinggian lebih dari 11.5 meter dan besat lebih 3.3 meter juga antara terbesar di negara ini. Wat Phikul ini sudah wujud sejak 200 tahun dan saya berada disini sudah 40 tahun, ujarnya.
Umum mengetahui majoriti penduduk negeri Kelantan adalah orang Melayu yang berugama Islam selain di perintah oleh Kerajaan PAS, namun tidak ramai yang mengetahui terdapatnya beberapa buah patung Budha yang terbesar di Asia Tenggara terletak di daerah Tumpat, Kelantan
Kuil ini diberi nama Wat Photivihan yang terletak di Kampong Jambu menjadi kebanggaan masyarakat berketurunan Siam di Kelantan dan Malaysia. Menariknya terdapat terdapat sebuah patung dalam keadaan tidur didalam wat ini, selain menjadi tumpuan penganut agama Budha, wat ini sering dikunjungi oleh pelbagai kaum untuk tujuan pelancongan. Patung Budha duduk di Kampong Jubakar, Tumpat, Kelantan.
Alkisah bermula apabila ‘kekasih’ Allah Muhammad SAW bersama sahabat dan tentera Islam ingin memasuki kota Mekah kerana ingin menunaikan haji dan juga ingin membebaskan Kota Mekah dari tangan-tangan musyrik kuffar jahiliyah, Baginda telah memerintah sahabat-sahabat dan juga tenter Islam agar meroboh, menghancur dan membuang semua patung-patung, berhala yang ada sekeliling Ka’abah, dirumah-rumah itu dan diman saja berada, semua berhala (patung) dimusnahkan sama ada yang dibuat dengan batu, tanah liat, batang tamar dan laian-lain lagi, asalkan berbentik berhala semuanya dihapus dan dimusnahkan…
Maha suci Allah SWT, mengutuskan seorang manusia suci untuk memimpin manusia dari kesesataan, memandu manusia kearah keimanan, tanpa sebarang was-was dan wasangka, tiada kepentingan peribadi dan keta’asuban, iman yang sejati dan hakiki..
Tapi kini amat sedih, terharu, hiba dengan manusia akhir zaman, buat kerja Nabi, ikut sunah dan Al-Quran dan negeri mendapat jolokan ‘serambi mekah’ tetapi pada hakikatnya, jauh dari apa yang disuruh oleh ‘Kelasih Allah’. Patung yang dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW hampir 1430 tahun dulu masih ‘tidur’ megah ‘duduk’, megah ‘berdiri’ mengatasi masjid, surau, balaisah dan rumah ibadat Islam. KBE BLOG pohon kepada semua agar menilai semula adakah negeri ini termasuk dalam ‘BALDATUN TAIYIBATUN WARABBUL GHAFUR’?
Tinggi patung lebih tinggi dari menara masjid. Janganlah kerana kita ingin pangkat dan kekayaan maka kita sanggup menipu, memutar belit dan menjual agama..jangan jadi Yahudi atau Nasrani
Berhala tertinggi di Asia ada di negeri Cik Siti Wan Kembang yang namanya ‘Serambi Mekah’
Tengok!! tingginya mengatasi pokok kelapa dan lebih menyedihkan lagi mengatasiketinggian kubah masjid di seluruh Negeri Cik Siti Wan Kembang, Asakah ini yang Allah suruh?
Rasul SAW suruh buang patung dan menghancurkan patung (berhala), semasa Rasullullah SAW memerintah Makka dan Madinah mana ada patung tak kira kecik ke besar ke tetapi (berhala) ini semankin banyak dan besar dibawah negeri kepimpinan Isalam Kelantan.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s